Khalish Susu Kambing
  • Utama
  • Produk
    • Khalish Susu Kambing Asli
    • Susu Kambing Koko Kurma
    • Khalish A+ for Junior
    • Khalish Coffee Robusta (Coming soon)
  • Testimoni
    • Ikhtiar Hamil
    • Tambah Susu Badan
    • Period Kembali Normal
    • Orang Dewasa & Warga Emas
    • Khasiat & Keistimewaan
    • Soal Jawab (FAQ)
  • Treats Points
  • Delivery
  • Dealer
  • Outlet
  • Blog
    • TIPS MENDAPATKAN ZURIAT
    • Sinar Harian: Khalish Bekal Pemakanan Terbaik

TIPS MENDAPATKAN ZURIAT

Posted On December 14, 2018 By aiman In Uncategorized /  

1- Ini cara cepat hamil yang pertama dan yang paling penting. Diet bukan sampai tidak makan langsung. Nanti ada pula yang kata, “Aku gemuk pun boleh mengandung apa!”. Itu rezeki namanya.

Apa yang ingin ditekankan, pastikan makan makanan yang berkhasiat. Jangan pula melantak macam masa bujang dahulu. BMI itu penting, bukannya berat badan.

Bagaimana dengan supplement? Mesti selalu dengar tentang asid folik bukan? Mengikut saranan doktor, sesiapa yang ingin mengandung kena makan ‘folic acid‘ untuk kesuburan. Selain itu, kena makan makanan berkhasiat.

Cakap memang senang bukan? Namun, mahu melakukannya cukup payah. Kena amalkan gaya hidup bersukan untuk badan kekal cergas.

2- Mungkin ada yang kurang setuju. Siap ada yang kata, “Eleh, si Liza (bukan nama sebenar) tu, gemuk je aku tengok. Tapi, tiap-tiap tahun sorang. Aku ni biasa-biasa je, tapi susahnya nak mengandung”. Benar, ia rezeki dari Allah. Namun tidak salah kita mencuba bukan? Lihat semula point yang nombor satu di atas.

Jika anda mempunyai berat badan berlebihan, ‘overweight‘ atau lebih teruk lagi ‘obese‘, mulakan senaman untuk mengurangkan berat badan. Ini kerana, risiko orang yang ‘overweight‘ ialah terdedah kepada darah tinggi dan kencing manis. Jika semasa mengandung mempunyai ‘high blood pressure‘ dan ‘diabetes‘ banyak komplikasi yang tidak baik bakal menanti. Mari kita amalkan gaya hidup sihat. Sentiasa pantau Body Mass Index (BMI) untuk mengetahui tahap ‘obesiti‘.

3- Sudah bergelar suami isteri, apa nak malu? Bukannya orang lain, pasangan sendiri yang halal kan? Buangkan sikap malu ‘meminta‘. Berterus terang dengan pasangan adalah lebih baik. Nikmati hubungan kelamin tersebut, bukan sekadar untuk mendapat anak sahaja.

4- Sudah 2-3 tahun masih tidak hamil? Atau sudah lebih 5 tahun? Kalau sudah lama mencuba dan masih tidak berjaya, sila jumpa doktor yang pakar. Semestinya doktor akan beritahu cara cepat hamil yang terbukti berkesan.

Biasanya doktor akan melakukan ‘health screening’ dahulu untuk mengetahui tahap kesihatan diri kita. Seperkara lagi, jangan hanya isteri seorang sahaja. Suami juga perlu melakukan ‘checkup‘ juga. Jangan berat mulut untuk bertanya kawan-kawan, gynae mana yang bagus.

5- Tenangkan diri. Ini kunci dan cara cepat hamil yang sukar dilakukan oleh wanita berkerja. Walaupun ‘stress‘ itu sudah jadi asam garam, cuba rehatkan diri secukupnya. Kerja pejabat, habis di pejabat sahaja. Apabila berada di rumah, tumpukan perhatian pada keluarga. Apabila badan sihat, otak pun cerdas, bukankah lebih mudah untuk melakukan hubungan intim?

Bagi yang mengalami keguguran, pastikan akan lebih tertekan. Pasti ada cara cepat hamil pada masa akan datang. Percayalah, semua itu kerja Allah. Tenangkan diri dan cuba lagi.

6- Nasihatkan suami yang menjadi perokok tegar. Kalau isteri itu sendiri merokok (ada, bukan tidak pernah berlaku), cepat-cepat berhenti. Kajian saintifik mengatakan apabila seseorang itu merokok, ia akan menyumbang kepada ketidaksuburan dan masa yang lebih lama untuk mengandung.

7- Kafein bukan sahaja terdapat pada kopi, tetapi banyak lagi minuman lain.

Ramai kata jika minum kopi, dapat tenangkan fikiran. Namun tahukah anda, jika kandungan kafein itu tinggi, lebih dari lima cawan sehari, iaitu lebih kurang 500mg, ia dikatakan dapat mengurangkan kesuburan. Jika boleh, kurangkan tahap pengambilan kafein kepada 200-500mg sahah sehari. Bukan itu sahaja, jika disahkan mengandung dan masih lagi kuat minum kopi, risiko keguguran tetap ada.

Jika peminat tegar, ikut sahaja cara cepat hamil ini. Apa salahnya tinggalkan sementara?

8- Cara cepat hamil yang kedua ialah berkenaan makanan tambahan atau supplement. Badan perlukan nutrien. Lihat senarai vitamin ini yang dapat meningkatkan kesuburan dan memudahkan untuk ‘conceive’:

Vitamin E
Zinc
Copper
Panthothenic acid
Potassium
Vitamin A
Vitamin C
Vitamin D
Thiamin B6
Riboflavin
Niacin
Fuh, banyaknya kan? Kalau ada duit lebih, boleh beli di farmasi. Jika tidak, cari buah-buahan dan makanan lain yang mengandungi nutrien tersebut. Untuk pil herba, sila rujuk pada yang pakar juga. Jangan makan sebarangan

 

 

Sinar Harian: Khalish Bekal Pemakanan Terbaik

aiman

All articles by: aiman

1 Comment

  1. 增大网
    February 13, 2019 at 4:16 pm

    年后第一次来,恭喜恭喜!

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Archives

  • December 2018
  • January 2017
  • August 2016
© 2019 SK Rich International Sdn Bhd (1174530-D). All Rights Reserved.