PRODUK susu formula berasaskan susu kambing berkualiti tinggi, Khalish keluaran syarikat Bumiputera, SK Rich International Sdn Bhd berupaya meningkatkan tahap kesihatan individu, halal, bersih dan menyucikan.
Pengarah Urusan SK Rich International Sdn Bhd, Anas Che Mat Hadzer berkata, kepakaran Khalish adalah membantu ibu bapa mendapatkan pemakanan terbaik untuk diri sendiri dan seisi keluarga.
Menurutnya, keistimewaan Khalish ialah boleh diminum oleh kanak-kanak dan dewasa.
Menariknya, Khalish mempunyai pelanggannya yang tersendiri terutamanya ibu hamil dan ikhtiar hamil.
“Khalish dihasilkan untuk membantu menyelesaikan masalah yang sering berlaku dalam kalangan rakyat Malaysia terutamanya kanak-kanak. Mereka tidak mempunyai antibodi yang kuat dan sering dijangkiti penyakit berjangkit terutamanya ketika berada di nurseri, bersama pengasuh dan sebagainya.
“Khalish membantu menguatkan antibodi peminumnya, tumbesaran dan perkembangan minda mereka. Khalish didatangkan dengan dua perisa iaitu asli dan koko kurma.
“Khalish mempunyai perasa asli dan koko kurma. Formula susu kambing koko kurma diambil daripada kajian saya sendiri terhadap masyarakat Arab yang gemar minum susu kambing bersama koko dan kurma. Ia memberikan pelbagai khasiat kepada mereka yang mengamalkannya,” katanya.
Anas berkata, bahan-bahan yang digunakan ialah susu kambing, kurma dan koko yang mempunyai khasiat yang tersendiri.
Katanya, Khalish diperkaya dengan kalsium, fiber, potasium dan antioksida.
Khalish ada Pelbagai Khasiat
Anas berkata, Khalish menerima banyak maklum balas yang positif daripada pelanggan.
“Alhamdulillah, dalam kalangan pelanggan kami mengandung selepas beberapa tahun berkahwin. Khalish membantu menstabilkan hormon dan membantu haid teratur.
“Ibu hamil juga digalakkan minum Khalish kerana ia mampu menguatkan rahim dan membantu ibu dan kandungan. Mereka tidak perlu mengambil makanan yang banyak ketika mengandung sekali gus dapat untuk mengelakkan obesiti,” katanya.
“Khalish juga bakal menembusi pasaran Libya dan Timur Tengah dalam masa terdekat. Khalish dipilih oleh Matrade untuk menyertai pameran yang akan diadakan di Paris dan beberapa negara lain,” katanya.
Tambahnya, harga sekotak Khalish yang mempunyai berat 500 gram adalah RM44 bagi pasaran Semenanjung Malaysia dan RM50 bagi Sabah dan Sarawak.
Ditanya mengenai persaingan susu formula dalam pasaran, Anas optimis permintaan susu kambing akan meningkat setelah orang ramai menyedari kebaikannya.
“Saya yakin dengan pemasaran yang terbaik, penjenamaan semula dan penambahbaikan dari segi pembungkusan, Khalish menjadi pilihan bukan sahaja masyarakat Melayu malah bangsa lain juga.
“Maklum balas daripada pemilik farmasi terhadap pembungkusan saya memberikan saya semangat untuk terus memajukan Khalish. Alhamdulillah, selepas penjenamaan semula pada Mac tahun ini, jualan Khalish meningkat,” katanya.
Jelasnya, susu kambing yang diimport dari Belanda itu adalah material yang asli dan dijadikan serbuk tepung, tidak hamis dan formula yang digunakan adalah tidak manis dan berbau serta tanpa bahan kimia.
Khalish Perkenal Pek Keluarga
Sebagai menghargai pelanggannya, Khalish menawarkan pek keluarga yang membolehkan pelanggan membeli enam kotak Khalish dengan harga RM39 sekotak.
“Mereka juga boleh menyertai cabutan bertuah dan memenangi hadiah bernilai RM10,000,” katanya.
Selain susu kambing, Khalish bakal meluaskan rangkaian perniagaannya dengan mengeluarkan produk untuk memenuhi keperluan ibu dan anak.
“Langkah itu selaras dengan usaha pengembangan perniagaan syarikat untuk meluaskan pasarannya. Produk tersebut juga dijamin selamat untuk digunakan dan memberikan kemudahan kepada pelanggan kami,” katanya.
Beliau berkata, pengeluaran produk tersebut adalah kajian dan permintaan pelanggan yang mahu Khalish menyediakan produk terbaik kepada mereka.
Mahu Lahirkan Ramai Usahawan
Anas berkata, selain mahu membantu, dia juga mahu menukar mentaliti rakyat tempatan yang gemar memberikan anak mereka susu formula berasaskan susu lembu supaya memberikan susu kambing yang mempunyai banyak khasiat.
Melihat kepada perkembangan tersebut, Anas melakukan kajian dan penyelidikan pada 2014 dan mengambil keputusan memperkenalkan susu kambing bertujuan membantu ibu dan anak-anak yang mempunyai masalah minum susu formula selain susu kambing.
“Alhamdulillah, banyak testimoni yang kami perolehi menunjukkan susu kambing membantu mereka menyelesaikan masalah yang dihadapi. Antaranya membantu memperbanyakkan susu ibu, anak yang sihat dan mempunyai antibodi yang kuat,” katanya.
Anas berkata, walaupun masih baharu dalam pasaran, Khalish menjadi pilihan pelanggan malah perniagaannya berkembang maju.
“Pada awal pelancarannya, Khalish hanya mempunyai 20 ejen sahaja, kini meningkat kepada 800 ejen di seluruh negara termasuk Brunei dan Singapura serta mempunyai 50 stokis. Khalish juga boleh didapati di lebih 400 outlet,” katanya.
Anas berkata, Khalish masih lagi mengalu-alukan mereka yang berminat menjadi ejen jualan ataustokis dengan pembelian 30 kotak Khalish.
“Kami bercadang mahu menambah ejen dan memberikan jaminan kepada mereka yang berminat modal pembelian mereka akan dikembalikan kesemuanya mengikut terma dan syarat yang ditetapkan. Ejen yang menunjukkan prestasi cemerlang berpeluang memperolehi pelbagai hadiah menarik antaranya pakej percutian, barang berharga dan sebagainya.
“Insentif ini untuk menghargai usaha ejen yang banyak membantu meningkatkan jualan,” katanya.
Selain dijual menerusi ejen dan stokis di seluruh negara, Khalish juga aktif menyertai pameran bagi memudahkan pelanggan mendapatkan maklumat mengenai Khalish.
Sebarang pertanyaan lanjut, boleh layari laman sosial Facebook khalishSK atau menghubungi talian 0164474781.
Sumber Sinar Harian