SUSU amat penting untuk membantu tumbesaran kesihatan dan kegagalan mengambil susu dengan cara yang betul serta bersesuaian akan memberikan kesan kepada manusia.
Sejak kebelakangan ini, pasaran tempatan dipenuhi susu formula berasaskan susu kambing seperti cendawan tumbuh selepas hujan.
Menariknya, susu formula berasaskan susu kambing adalah ilham anak tempatan yang masih muda. Mereka memformulasikan susu kambing sesuai untuk memenuhi keperluan semua lapisan masyarakat.
Kebanyakan pengusaha susu formula yang berasaskan susu kambing mampu menjana pendapatan lumayan, malah melahirkan ramai usahawan sama ada di bandar dan luar bandar.