Soalan Lazim Mengenai Khalish Susu Kambing

Siapakah golongan yang sesuai untuk minum Khalish Susu Kambing ini?

  • Kanak-kanak 1 tahun keatas
  • Ibu mengandung
  • Ibu berpantang
  • Ibu menyusukan anak
  • Pasangan ikhtiar zuriat
  • Pelajar
  • Golongan Dewasa
  • Golongan warga emas

Bolehkah Khalish diberikan pada bayi di bawah 1 tahun?

Ya Boleh

Khalish susu kambing boleh dijadikan susu altenatif jika ibu tiada susu. Susu kambing mempunyai kandungan hampir-hampir sama dengan susu ibu. Khalish juga selamat diberikan kepada bayi kerana khalish merupakan susu yang telah dipasteur dan diproses sesuai bayi dan semua golongan.

Sukatan perlulah dicairkan sedikit kerana untuk usus bayi dibawah 6 bulan masih terlalu muda. Sukatan permulaan yg disyorkan untuk baby dibawah 1 tahun ialah 1 scoop 3 oz. Dalam tempoh dua minggu sukatan perlu diubah. Tambahkan sukatan sekiranya bayi tidak kenyang dan kerap meminta susu. Sebarang perubahan pada najis bayi pada tempoh 2 minggu ini adalah normal.

NOTA: Pihak Khalish menggalakkan supaya ibu yang menyusui bayi yang meminum susu kambing kerana ia mampu memperbanyakan susu ibu kerana susu ibu sangat penting untuk bayi dan segala kebaikan dari penyusuan ibu (mengatasi segala jenis susu dan formula didunia).

Hubungi Khalish Careline 1-800-88-5688 untuk sebarang kemuskilan.

Adakah Khalish susu kambing ini bersifat panas?

Tidak bersifat panas, Susu Kambing Khalish telah dipastuer mengikut piawai dan kandungan laktosa yang ada dalam Susu Kambing Khalish adalah sangat-sangat rendah yang dapat mencegah alahan dan boleh mencegah asthma, masalah pernafasan, radang telinga, infeksi kulit dan gangguan saluran pencernaan.

Apa yang dimaksudkan dengan susu yang telah dipasteur?

Susu yang telah dipasteur seperti Susu Kambing Khalish ialah  susu yang dirawat dengan cara memanaskan pada suhu tertentu.

Susu segar yang diperah yang belum melalui proses pempasteuran boleh menyebabkan pembiakan bakteria listeria. Ia boleh memudaratkan ibu dan bayi yang dikandung.

Bolehkah Khalish dibancuh dengan koko (contoh Milo) atau makanan-makanan lain?

Boleh, malah rasanya lebih enak dan khasiatnya tidak berubah.

Bolehkah Khalish dicampurkan dengan susu formula (lembu) untuk diberikan kepada anak?

Boleh, tetapi tidak digalakkan kerana khasiatnya akan bercampur, susu kambing bersifat alkali manakala susu lembu bersifat asid. Ia juga boleh mengelakkan pembaziran kerana susu lembu formula hanya tahan sekejap dan cepat rosak berbanding susu kambing.

Berapa lamakah Susu Kambing Khalish boleh bertahan selepas dibancuh?

Susu Kambing Khalish boleh tahan sehingga 6 jam (suhu bilik) dengan cara penyediaan yang baik. Tetapi bergantung kepada “hygine practice”.